fbpx

Proton melancarkan laman web kereta certified pre-owned

Inisiatif baru akan mendorong jualan kereta terpakai dari 36 pengedar Proton di seluruh negara

  • Matlamat jangka panjang adalah penstabilan dan peningkatan harga kenderaan Proton terpakai

Subang Jaya, 12 November 2020 – PROTON menawarkan cara mudah untuk membeli kereta terpakai dengan pelancaran rasmi laman web kereta terpakainya.

Dengan melayari laman web Proton Cerified Pre-Owned (PCPO), pelanggan boleh mendapat maklumat tentang stok dari 36 pengedar di seluruh Negara serta tukar beli kenderaan mereka untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model Proton baru.

Menjual kereta terpakai untuk meningkatkan jualan kereta baru
Pemprosesan kereta tukar beli pelanggan secara cekap adalah kunci kepada pengekalan kadar jualan kereta baru bagi PROTON. Situasi ini amat ketara apabila jumlah jualan syarikat naik secara mendadak pada tahun 2019.

Oleh itu, bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) telah ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baru.

Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar.

Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.

Contohnya, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru.

Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak tempuh tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli. Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan
oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

“Program PCPO adalah langkah seterusnya bagi PROTON membina ekosistem menyeluruh. Pihak syarikat akan terus melancarkan produk baru tetapi pada masa sama, kita juga akan menarik perhatian mereka yang ingin membeli kereta terpakai serta menawarkan cara senang dan cepat bagi pelanggan menukar beli kereta.

Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran,” kata Roslan
Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh PROTON di laman web PCPO.

Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

“Selain daripada membantu jualan kereta baru, tujuan bahagian UCM PROTON adalah untuk menstabilkan dan meningkatkan nilai kenderaan Proton secara beransur-ansur.

“Kami berharap dengan menawarkan kereta terpakai berkualiti tinggi, harga kereta terpakai Proton juga akan meningkat secara keseluruhan dan ini akan memberi kesan kepada pemilik dari segi mendapat kadar pinjaman kewangan yang kompetitif dan nilai tukar beli yang tinggi bila mereka ingin membeli kereta yang baru,” tambah Roslan Abdullah.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS
Follow by Email
YOUTUBE
YOUTUBE